Monday 9 December 2013

Trip To Korea - Part II





Hi again readers! Ha. Ni sambungan kepada entry yang lepas. Kalau dah baca entry saya yg lepas, teruskan baca part II ni, dan kalau belum bolehlah click sini untuk memudahkan lagi kefahaman korang pasal entry yg baru ni.




Lebih kurang ½jam perjalanan dari Seoul Station, kami sampai ke tempat penginapan kami. Bukan hotel pun. Kak Ina booked Guest House je. Agrina Guesthouse. Agak sedih bila dapat tahu duduk guest house je. Tapi bila sampai, Serious lawa. Macam bungalow. Terpana ku sebentar (AHAHAH).  So Kak Ina masuk lobby jumpa house owner utk check-in. Masa tu house owner yang greet kami ialah sepasang couple. Tak tahulah dia house owner ke employee je. Tapi layanan yang sangat mantop. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir.




Selepas selesai check-in couplenya yang lelaki bawa kami ke suatu bangunan. Ha situ baru bilik kami. Macam bangunan rumah kedai je. Nothing extraordinary lah kan? What do you expect from a guest house anw? The guy lead the way, And reach infront of a door and he inserted the door-lock pin ( ha kauu! Guest house je pun! Guna digital door-lock tau! Jangan main-main. Kat Malaysia hada?)




Nothing special. Its just me taking photo of me shoes and i don't know what we call that thing.


Dia jemput kami masuk. Whoa. Fully-furnished ala-ala drama Korea la! 4 double decker bed, a dining area, a kitchen (siap peti ais, stove, cooking utensils , sebuku roti, a dozen of eggs, plate , choptick, etc) LENGKAP! Siap bagitahu lagi, kalau telur and roti habis boleh contact dia, dia akan hantar yg baru. Kalah hotel kau! Selesai dia taklimat serba sedikit pasal bilik, he excuse himself. Kami pom unpacking lah walaupon hati berat sebab terlampau penat. Packet maggi kari dari Malaysia disusun cantik di atas microwave. Stok-stok makanan yg dibawa dari Malaysia akhirnya dijamah berjemaah sebab masing-Masing malas nak keluar pergi beli makanan. Lepas unpack Sume lena dibuai mimpi.




Sedar-sedar dah pukul 7 malam. Makcik-makcik dah prepare untuk siapkan dinner maggi melayu asli. Tapi kami youngsterz berjiwa Korea nekad untuk jalan-jalan sekitar Myeongong (bandar remaja) And cadang untuk beli dinner ala-ala Korea. So, saya, my sister, Kak Ina and mama keluar utk menikmatikan keindahan malam di Korea. Eh! Dan Dan pulak malam tu cuaca Serious sejuk. 0 degree. Tapi berangin. Weyh. Beku hingus (jijik pulak). So jadi, saya yang hanya berbekalkan leather jacket dari Malaysia ni ( berlagak taknak beli yang tebal-tebal sangat ), terpaksalah pinjam winter coat papa.




Lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari Guest House kami sampai ke centre of Myeondong. Wow! Dengan lampu di setiap kedai bersinar-sinar membuatkan kita rasa macam nak melompat dari satu kedai ke satu kedai kat Myeondong ni! Tony Molly, Nature Republic, Forever 21, Zara, H&M, sumelah ada! and ofcourse, our long anticipated store, SPAO. SPAO is a global clothing brand shop which collaborates with SM Entertaintment on its marketing. No wonder lah theres like thousands huge posters of EXO and Super Junior all over the store. Eii, makin tergedik-gediklah kami. Tambah-tambah lagi atas SPAO Myeongdong branch (tak silap tingkat 4) , ada SM Official Store. Maka, boleh dibuat kesimpulan, Kat sinilah, 50% duit mama & papa habis sepanjang kami di Korea. (Hohohoho). Rambang mata tengok hoodie, official albums, official goods, etc. Ish!



Ha! Nilah SM Official Store tu punya beg. Gambar kedai, tak terambil pulak. Sepanjang 4 hari kat Korea, 4 kali pergi store ni. Hohoho.



So, puas shopping, before midnight we decided to went back to our guest house. Ha. Tadi berlagak nk makan makanan Korea. Tapi dah lewat sangat. Vendors-vendors yg tepi jalan jual halal kebab pon sume dh bungkus. Dalam perjalanan balik bilik, adalah jumpa stall-stall yg jual street food. tapi of course kesuciannya diragui. Dengan berat hati, teruskan perjalanan. About a corner away from our guest house, ada Dunkin Donut. So, oleh kerana perut berkeroncong (?) minta diisi, kami pun berhentilah untuk membeli hot coffee acah-acah macam drama Korea tu.




Hoodie 'WOLF 88' dari SM Store. Retail price: 69,000 Won. Dalam RM200 duit M'sia. (Waktu nak beli tu tak terfikir pulak harga M'sianya brape T.T) I got mine in Black and my sister's in Red.

A gift from Everysing




Sampai bilik, harapn untuk disambut mesra musnah. Yang lain sume dah membungkang. Rasanya kalau berlaku perang antara Korea Utara- Korea Selatan ni pon, ramai dah jadi arwah.
Selesai sume, kami youngsterz ni pon joinlah membungkang as esok plannya untuk pergi melawat Nami Island. Tenaga yang banyak diperlukan untuk memegang camera untuk selfie.




Keesokkan paginya, sedang semua bersiap-siap sebab dah janji dengan Mr. Choi utk jemput pukul 8.00am, kami dikejutkan dengan ketukan dipintu. Pagi-pagi? Pukul 7.45? Takkan ada tetamu pula? kak Ina pun pergi check it out siapakah gerangan mereka yg melawat di awal pagi. Buka pintu...........
Mr. Choi. Allahu. Awal pulak pakcik ni! Rupanya nilah yang orang panggil janji Jepun/Korea. Bukan setakat tepat, terlebih awal pula. Jemput dia masuk, tapi beliau menolak manja (Ecewah). Beliau prefer menghabiskan sebatang rokok di luar guest house kami dan mengeluarkan asap berkepul-kepul (sampai tak tahu beza asap rokok vs. asap haba). Tepat pukul 8 kami bertolak. Ehem. Hampeh. Janji melayu la weyh. Kalau org Korea memartabatkan budaya mereka, kenapa bukan kita? Exactly. 8.15am baru bertolak. Memalukan kaum betul. Ish Ish Ish.





Perjalanan dari Seoul ke Nami Island ( Nami-nara ), tidak ku ingat durasinya. But it is a long and boring journey. So, we make it short, akhirnya sampailah kami di Nami-nara. Ha! Dia ada 2 cara nak ke nami Island ni. Satu by boat/ferry. And satu lagi...... Jeng! Jeng! Jeng! Flying Fox! (ehehe macam flying fox, tak tahulah pulak ai nama ia) Kiranya dari seberang pulau ni, kena naik bendalah tu, and straight sampai ke pulau tu. Mati hidup balik pun aku takkan naik bendalah tu. Gila apa nak cross laut tu dengan terikat pada sekeping wire. Eeeee. Never in a million year.





So, obviously, kami naik ferry(?). Lebih selamat dan mengurangkan kes sakit jantung di Nami Island.
Sampai je kat Nami Island, kami pon jalan-jalan sekitar pulau ni. Kecil je. Waktu kat Malaysia bayangkan Nami Island ni besar lah sangat. Ghupenya, hek eleh. Sejengkal je (Eh. Melampau pulak ai). Ha. Lupa nak bagitahu. Nami Island ni famous sebab pengambaran Drama Winter Sonata tu dibuat kat sinilah. Kalau sampai kat sini, kita boleh nampak banyak tugu-tugu yang melambangkan drama tu. Ai pun tak tahu sangat, seba ai tak layan pon drama tu (heheh).
Even dekat cafe pun ada meja yang digunakan dalam pengambaran drama tu. Hebat sangat penangan Winter Sonata ni kot.


And we reached Nami-nara.





Me and my sister decided to walk together. Masing-masing tahu cara untuk mengambil kesempatan and menggunakan peluang pihak satu lagi menjadi cameraman (AHAHA). Jalan dua tapak, selfie. jalan dua langkah, selfie. Eh! Youngsterz kan? HAHAHAHA
Setelah dah bosan kat Nami Island masing-masing pun bercadang untuk balik guest house. Rehat. Letih. Penat. Happy. Semua ada. Akibat terlampau penat jugaklah, kami melakukan perkara yang kami menyesal setelah pulang ke Malaysia, : Tak pergi Namsan Tower.

Plan kami untuk hari ketiga (3) adalah untuk bermain salji. Tapi Mr. Choi kata yang suhu cuaca di Seoul belum capai lagi fasa salji. And kalau nak main salji jugak, terpaksa pergi ke Ski Resort or kawasan pergunungan.


Sambung alkisah di entry yang baru ya? Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment