Sunday 8 December 2013

Trip To Korea - Part I


Again, Hi kepada insan yang sedang membaca blog ni. Ha! Jeng Jeng Jeng! Seperti yang tertulis di tajuk tu, ha! Betullah tu.



I've just came back from our family trip to Korea. Ye. South Korea. Yang ramai abang-abang hensem kulit macam susu katanya ( alahai ) ataupun bak kata papa , orang-orang yang hok lelakinya perangai macam perempuan dan hok gegirlnya perangai macam budak tadika ( ye. Dia benci sungguh. Ahahah ).



Trip kami selama 5 hari 4 malam di Seoul bermula dari setibanya kami di Incheon International Airport. Ha. Lupa nak bagitau, we are independent travellers (kalau betullah ayat tu). Kami tak guna mana-mana syarikat tour guide sepanjang berada di Korea. Sebenarnya, Takdelah 100% independent sangat, Hohoho. As my cousin, Kak Ina memang dah selalu ke Korea. Ibarat taman permainannya katanya (aisey berlagak kau. Ahahah). Dan juga papa sendiri pon dah pernah ke Korea atas urusan kerja (ha kau, ayat drama). So, adalah juga yg tahu serba sedikit, selok belok, bandar Seoul ni.



Flight dari Kuala Lumpur International Airport ke Incheon International Airport ambil masa lebih kurang 3 jam. Adalah dalam 2 kali order kat food cart yg abang pramugara serve. Tidur tu tak terkira berapa lama. A long awaited journey end. Sampailah sudah kaki yang beralaskan Louis Vuitton sneaker di bumi Korea ini (buat gempak je. Okay sedarlah diri pakai sneakers Nike je)





Keluar je dari flight, sejuk yang amat menusuk hidung melayu ku. Papa kata cuaca time tu -1 degree. Mana tak menusuknya. Biasa oxygen yg aku hirup dalam 24 degree je. Ni dah  melampau. Tapi, life must go on. Lebih kurang 1 jam kami berjalan-jalan sekitar Airport. Usha pramugara pramugari yang cun lagi bergaya. Ha. Dekat Airport juga ai minta mama carikan transportation card (tak ingat sebenarnya nama kad tu). Tapi kad ni digunakan untuk bayar transportation (subway, bus, taxi, train, etc) ataupon shopping (kalau banyaklah duit dalam kad tu). Dia macam ibarat kad debit je. Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajinlah nonton drama Korea ye?) And my mom jumpa kad tu dekat 7Eleven so kami beli 4 keping for our whole family. Beli je buat apa, kena topup card tu kalau tak macam mana nak guna. Hihihi.





Puas meng-usha, Then we headed to the Incheon KTX Station (train station) which is located next to the Incheon Airport. So, Kak Ina pon mulalah jalankan tugasnya sebagai Timbalan Tour Guide kami. Beli tiket train to Seoul. Dari Incheon ke Seoul by train ambik masa lebih kurang 1 jam, from my researchlah (acewah. Nampak tak tu. Sebulan sebelum pergi memang ai dah buat research habis-habisan pasal Korea. Mana nak pergi, kena naik apa, nak bayar guna apa. Jadi kalau nak diikutkan time tu, ai  dah layak jadi Tour Guide yg bertauliah berdasarkan ilmu yg ada di dada ini *ha, riak* ).

 
With my mom at Incheon KTX Station

So kat KTX station ni, dia ada 2 cara nak beli tiket. Satu yang dekat counter dan satu lagi guna mesin self-service. So, kami decide utk guna mesin self-service rather than ber-chingchong (ayam itik) dgn ticket manager tu. Before beli tu ai dah kabo ke Kak Ina, Better ambik train Express yg straight sampai ke Seoul tanpa ada bhenti kat mana-mana. Tapi, perkhabaran ai itu hanya disimpan di hati( sedih ni). Dia terbeli yang tiket train biasa. So, nak taknak naik jelah kan? Apa beza Express dgn biasa? Express KTX sampai ke Seoul approx. 1 hour, while train biasa kalau tak silaplah, dlm 2 hours.





So, 2 hours naik train. Nothing special, train macam train kat Malaysia je kot ( ai jarang naik train kat Malaysia act). Yg tak syoknya, pengumuman station dia Sume dalam bahasa Korea and Japan. Apa? Dia fikir orang Jepun je ke yg dtg Korea? Tolonglah, ai tak minta banyak, pengumuman dalam bahasa Inggeris pon dh memadai. Tidaklah aku meminta dalam bahasa Malaysia. Nasib ai ada mix dgn Korea sikit belah nenek moyang sepupu tiri angkat ai, fahamlah jugak apa yg mereka maksudkan.



Setibanya kami di Seoul Station, WOW! Sesak! 7kali lebih sesak dari KL Sentral. Ahjumma-ahjumma (makcik-makcik Korea) kelihatan busy kehulu-kehilir dgn beg tangan MCM dan LV mereka. Golongan muda yang berpacaran mengambil kesempatan dgn memegang erat pasangan masing-masing takut dikebas dalam lautan manusia ni. Haksaeng (student) bersepah-sepah dgn uniform sekolah ala-ala anime. Rimas!



Kami cari jalan keluar. Ada yang nak ke tandas tapi melihat kesesakan yg critical itu, menahan diri hingga sampai ke Hotel. Diluar Seoul Station, kami tunggu taxi. Satu, dua, semua taxi sedan sahaja. Kami ada 9 orang. Mana mungkin nak naik kereta Samsung (aka Hyundai di Malaysia) yg hanya memuatkan 5 orang. Lepastu muncul satu taxi hitam, limo. Dan selepas negotiate dengan drivernya, dia setuju utk hantar ke hotel kami di Myeongdong. Sepanjang perjalananya itu jugak kami ada buat deal dengan taxi driver itu utk jadi kami punya driver (Uish ayat. Macam dato'-dato') dan dia setuju. Senang kerja. Dalam taxi, tidak lain dan tidak bukan, perbualan ayam dan itik. Walaupun tahu taxi driver yg diberi nama Mr.Choi itu tak pandai speaking, eh. Cousins ai masih nak berborak. Ha eloklah. Dia pon bahasa Inggeris berterabur. Memalukan keturunan betul. Hahaha.



Okaylah. Macam panjang sangat ni. Cerita seterusnya pasal tempat penginapan kami akan dia post di entry yg baru ye? Okay. Thanyou reader.   Enjoy reading 😘






No comments:

Post a Comment