Again, Hi kepada insan yang sedang membaca blog ni. Ha! Jeng Jeng Jeng!
Seperti yang tertulis di tajuk tu, ha! Betullah tu.
I've just came back from our family trip to Korea. Ye. South Korea. Yang
ramai abang-abang hensem kulit macam susu katanya ( alahai ) ataupun bak kata
papa , orang-orang yang hok lelakinya perangai macam perempuan dan hok
gegirlnya perangai macam budak tadika ( ye. Dia benci sungguh. Ahahah ).
Trip kami selama 5 hari 4 malam di Seoul bermula dari setibanya kami di
Incheon International Airport. Ha. Lupa nak bagitau, we are independent
travellers (kalau betullah ayat tu). Kami tak guna mana-mana syarikat tour
guide sepanjang berada di Korea. Sebenarnya, Takdelah 100% independent sangat,
Hohoho. As my cousin, Kak Ina memang dah selalu ke Korea. Ibarat taman
permainannya katanya (aisey berlagak kau. Ahahah). Dan juga papa sendiri pon
dah pernah ke Korea atas urusan kerja (ha kau, ayat drama). So, adalah juga yg
tahu serba sedikit, selok belok, bandar Seoul ni.
Flight dari Kuala Lumpur International Airport ke Incheon International
Airport ambil masa lebih kurang 3 jam. Adalah dalam 2 kali order kat food cart
yg abang pramugara serve. Tidur tu tak terkira berapa lama. A long awaited
journey end. Sampailah sudah kaki yang beralaskan Louis Vuitton sneaker di bumi
Korea ini (buat gempak je. Okay sedarlah diri pakai sneakers Nike je)
Keluar je dari flight, sejuk yang amat menusuk hidung melayu ku. Papa kata
cuaca time tu -1 degree. Mana tak menusuknya. Biasa oxygen yg aku hirup dalam
24 degree je. Ni dah melampau. Tapi, life must go on. Lebih kurang 1 jam
kami berjalan-jalan sekitar Airport. Usha pramugara pramugari yang cun lagi
bergaya. Ha. Dekat Airport juga ai minta mama carikan transportation card (tak
ingat sebenarnya nama kad tu). Tapi kad ni digunakan untuk bayar transportation
(subway, bus, taxi, train, etc) ataupon shopping (kalau banyaklah duit dalam
kad tu). Dia macam ibarat kad debit je. Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajinlah
nonton drama Korea ye?) And my mom jumpa kad tu dekat 7Eleven so kami beli 4
keping for our whole family. Beli je buat apa, kena topup card tu kalau tak
macam mana nak guna. Hihihi.
Puas meng-usha, Then we headed to the Incheon KTX Station (train station)
which is located next to the Incheon Airport. So, Kak Ina pon mulalah jalankan
tugasnya sebagai Timbalan Tour Guide kami. Beli tiket train to Seoul. Dari
Incheon ke Seoul by train ambik masa lebih kurang 1 jam, from my researchlah
(acewah. Nampak tak tu. Sebulan sebelum pergi memang ai dah buat research
habis-habisan pasal Korea. Mana nak pergi, kena naik apa, nak bayar guna apa.
Jadi kalau nak diikutkan time tu, ai dah layak jadi Tour Guide yg
bertauliah berdasarkan ilmu yg ada di dada ini *ha, riak* ).
So kat KTX station ni, dia ada 2 cara nak beli tiket. Satu yang dekat
counter dan satu lagi guna mesin self-service. So, kami decide utk guna mesin
self-service rather than ber-chingchong (ayam itik) dgn ticket manager tu.
Before beli tu ai dah kabo ke Kak Ina, Better ambik train Express yg straight
sampai ke Seoul tanpa ada bhenti kat mana-mana. Tapi, perkhabaran ai itu hanya
disimpan di hati( sedih ni). Dia terbeli yang tiket train biasa. So, nak taknak
naik jelah kan? Apa beza Express dgn biasa? Express KTX sampai ke Seoul approx.
1 hour, while train biasa kalau tak silaplah, dlm 2 hours.
So, 2 hours naik train. Nothing special, train macam train kat Malaysia je
kot ( ai jarang naik train kat Malaysia act). Yg tak syoknya, pengumuman
station dia Sume dalam bahasa Korea and Japan. Apa? Dia fikir orang Jepun je ke
yg dtg Korea? Tolonglah, ai tak minta banyak, pengumuman dalam bahasa Inggeris
pon dh memadai. Tidaklah aku meminta dalam bahasa Malaysia. Nasib ai ada mix
dgn Korea sikit belah nenek moyang sepupu tiri angkat ai, fahamlah jugak apa yg
mereka maksudkan.
Setibanya kami di Seoul Station, WOW! Sesak! 7kali lebih sesak dari KL
Sentral. Ahjumma-ahjumma (makcik-makcik Korea) kelihatan busy kehulu-kehilir
dgn beg tangan MCM dan LV mereka. Golongan muda yang berpacaran mengambil
kesempatan dgn memegang erat pasangan masing-masing takut dikebas dalam lautan
manusia ni. Haksaeng (student) bersepah-sepah dgn uniform sekolah ala-ala
anime. Rimas!
Kami cari jalan keluar. Ada yang nak ke tandas tapi melihat kesesakan yg
critical itu, menahan diri hingga sampai ke Hotel. Diluar Seoul Station, kami
tunggu taxi. Satu, dua, semua taxi sedan sahaja. Kami ada 9 orang. Mana mungkin
nak naik kereta Samsung (aka Hyundai di Malaysia) yg hanya memuatkan 5 orang.
Lepastu muncul satu taxi hitam, limo. Dan selepas negotiate dengan drivernya,
dia setuju utk hantar ke hotel kami di Myeongdong. Sepanjang perjalananya itu
jugak kami ada buat deal dengan taxi driver itu utk jadi kami punya driver
(Uish ayat. Macam dato'-dato') dan dia setuju. Senang kerja. Dalam taxi, tidak
lain dan tidak bukan, perbualan ayam dan itik. Walaupun tahu taxi driver yg
diberi nama Mr.Choi itu tak pandai speaking, eh. Cousins ai masih nak berborak.
Ha eloklah. Dia pon bahasa Inggeris berterabur. Memalukan keturunan betul.
Hahaha.
Okaylah. Macam panjang sangat ni. Cerita seterusnya pasal tempat penginapan
kami akan dia post di entry yg baru ye? Okay. Thanyou reader. ☺ Enjoy reading 😘
No comments:
Post a Comment